Thursday, December 20, 2018

Refleksi minggu ke 9: Strategi Pengajaran dan Pedagogi

Assalamualaikum semua... Harap U all sehat seperti biasa. U all stress ke tu, buat assignment ?? haha. biasa la tu stress. Tapi dapt meaningfull learning, kira baik sangat lah kan.

Ok, minggu ni kita start balik belajar. Tajuk hari ini agak menarik, iaitu Strategi Pengajaran dan Pedagogi.

 Jika di lihat maksunya di wikipedia, Pedagogi bermaksud  kajian mengenai pengajaran, khususnya bagaimana suatu pelajaran disampaikan melalui proses pengajaran dalam pendidikan formal. 


Rajah 1: Bayangan keadaan bilik darjah pada Adab ke21.

Ok...apa perasaan anda berkenaan rajah di atas? its wow right...Kita tak pernah terfikir pun apa yang akan berlaku di zaman globalisasi nanti. Yang pastinya, keadaan yang akan berubah.. Adakah Malaysia telah bersedia dengan Plan pembelajaran seperti rajah di atas?

Pada adab ke 21 ini, kemajuan dunia dalam sektor pendidikan dan perkembangan ekonomi suatu negara. Di bawah adalah overview berkenaan 10 ciri pembelajaran dan pemudahcara (PdPC).

  • Pembelajaran berpusatkan pelajar --> Pelajar berperanan yang sangat penting. Guru hanya sebagai fasilitator atau pembimbing 
  • Penggunaan komputer: --> Alat yang penting dalam PdPC tahun depan
  • Pembelajaran aktif: -->  Penglibaan pelajar adalah faktor utama dalam PdPC.
  • Pembelajaran kendiri; --> Bilik darjah masih berfungsi sebagai empat belajar
  • Persekitaran yang konduksif: --> Keadaan yang tidak bersesak, dan peralatan mengajar
  • Pelajar faham dan mematuhi arahan
  • Saling hormat menghormati
  • Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran dri sendiri
  • Penilaian berasaskan pencapaian
  • Pembelajaran kolaboratif

Refleksi minggu ke 8: E-Learning

Assalamualaikum semua...

Untuk minggu ini tiada kelas... Minggu ni merupakan E-Learning,. Jadinya semua tidak pergi ke kelas...tetapi masih lagi berada dalam landasan yang betul di Fakulti.



Minggu E-Learning ini juga digunakan oleh setiap ahli kumpulan untuk duduk berbincang berkenaan penambahbaikan assignment perbandingan kurikulum anatara negara.


Refleksi minggu ke7: Perbincangan perbandingan kurikulum

Assalamualaikum,

Untuk minggu ini, tiada proses PdPC, kerana Dr. Dorothy ingin memulangkan dokumen perbandingan kurikulum negara. kami diminta untuk duduk mengikut kumpulan, dan berbincang bagaimana hendak menyusun semula dokumen perbandimgan dan harus menyusun mengenai next assignment, LESSON PLAN. 
Kurikulum sangat berkaitrapat dengan pendidikan. Definisi kurikulum dapat di lihat seperti berikut:
  1. Matlamat yang ingin dicapai menerusi pendidikan
  2. Segala ilmu pengetahuan, matlamat, data, program dan pengalaman membentuk kurikulum
  3. Metadologi dan kaedah mengajar yang dilaksanakan oleh guru untuk mengajat dan menarik minat pelajar perempuan.
  4. Metadologi dan kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam mengukur dan menilai kurikulum dan hasil kepada proses pendidikan yang dirancang        (HasanLanggulung, 2003)
Perbincangan kurikulum berlansung sehingga akhir kelas. Semua pelajar diminta untuk melihat rakan-rakan punya hasilkerja.

Rajah 1: Proses perbincangan oleh ahli kumpulan

Refleksi minggu ke 6: Perbandingan Antara Jenis-Jenis Model Rekabentuk Sistem Pengajaran (ISD)

Hai Assalamualaikum semua..Bertemu kembali ya,

Untuk minggu ini, Dr. Dorothy telah membuat perbandingan antara beberapa model yang terdapat dalam rebentuk sistem pengajaran. Dalam pembelajaran di kelas, Dr. Dorothy telah membahagikan kami kepada  kumpulan, dan diberikan model yang berasingan untuk dibentangkan. So apa yang perlu kami buat???... yaaaa seperti biasa, kita akan buat perbandingan antara model yang diberi dan harus buat persamaan dengan ADDIE Model dan 9 Gagne Model.

Berikut adalah model-model rekabentuk yang terlibat:

Rajah 1: ADDIE Model
1.  ADDIE Model
Terdiri daripada lima fasa utama:
  • Analisis (Analysis)
  • Reka bentuk (Design)
  • Pembangunan (Development)
  • Perlaksanaan (Implementation)
  • Penilaian (Evaluation)
model ini telah dibincangkan pada minggu ke4---->  ADDIE Model 








Rajah 2: ASSURE Model
 2. ASSURE Model
Merupakan model yang ringkas yang paling digemari. Terdapat enam peringkat:
A- Analisa pelajar
S-Nyatakan objektif
S- Pilih kaedah, bahan bantu mengajar 
U- Penggunaan media sebagai bahan
R- mendorong penglibatan pelajar
E- semak dan penilaian
Untuk lebih lanjut, sila klik ASSURE Model




Rajah 3: Dick and Carey Model
3. Dick and Carey Instructional Model
 Untuk pengetahuan lanjut, klik link webpage  Dick and Carey Instructional Model dan paparan Youtube Dick and Carey powtoon





  1. Langkah-langkah penyusunan  Pembelajarannya sebagai berikut:Identifikasi Tujuan Pembelajaran (TIU)
  1. Melakukan Analisa Pembelajaran
  1. Menganalisis karakteristik pelajar dan konteks pembelajaran.
  1. Merumuskan Tujuan Performasi (TIK)
  1. Mengembangkan penilaian
  1. Mengembangkan Strategi Pembelajaran
  1. Mengembangkan dan Memilih Bahan Ajar
  1. Merancang dan Melakukan Evaluasi Formatif
  1. Melakukan revisi terhadap program pembelajaran
  1. Merancang dan mengembangkan Evaluasi Sumatif





Rajah 4:  Gerlach and Ely Instructional Model



Rajah 5: Kemp Design Model

4. Gerlach and Ely Instructional Model

Merujuk pautan ini untuk pemahaman yang lebih mendalam. 


















5. Kemp Design Model




Penerangan lanjut, boleh klik pada Kemp Model.

Wednesday, November 7, 2018

Refleksi minggu ke-5: Gagne'S Nine Event of Instruction

Refleksi minggu ke-5

Haiiiiiiii guysss.....minggu ni merupakan minggu terakhir untuk sesi sem 1.. Next week I dah start cuti sem...buttttt macam x cuti pon...haha. sebab banyak sangat keje yang harus dibuat dong...maiii gaaaddd..

Untuk kelas minggu ke-lima ini, kami didedahkan dengan rubriks untuk markah cara masak nasi....hoh masak nasi soooo complicated bila disusun tatacara mengikut fasa analisis dalam Model ADDIE. Oh maigod....help me. i need air!! oklah. Setelah Dr. Dorothy menerangkan cara kerja untuk pemarkahan masak nasi bagi pre school 5 years old student dan Denmark student. Dr. telah mencadangkan cara terbaik untuk menyusun arahan dalam pembentukan pengajaran adalah "Gagne's Nine Event of Instruction". 

Siapa dia Gagne?

Robert Mills Gagné adalah seorang psikologi pendidikan Amerika yang amat terkenal dengan "Syarat Pembelajaran". Salah satu idea yang paling berpengaruh adalah Sembilan Peristiwa Arahannya (Gagne's Nine Event of Instruction). Konsep ini mempunyai kesan yang signifikan dalam pendekatan pengajaran yang banyak di dunia pendidikan.

Apakah Gagne's Nine Event of Instruction?? 
Rajah Gagne's Nine Event of Instruction
Menurut Gagne's Nine Event of Instruction mempunyai sembilan arahan yang mudah untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Antaranya adalah: 
  1. Gain attention of the students : Memastikan pelajar bersedia untuk belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti contonya youtube, soalan kuiz untuk menarik perhatian pelajar.
  2. Inform students of the objectives : Memberitahu pelajar tentang objektif  'kenapa harus belajar' atau hasil untuk membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari semasa kursus. Objektif perlulah ditetapkan oleh pengajar sebelum pengajaran bermula.
  3. Stimulate recall of prior learning : Membantu pelajar memahami pengetahuan yang baru dengan menghubungkannya dengan ilmu pengetahuan yang mereka sedia ada atau sesuatu yang telah mereka alami. Contohnya cikgu boleh mengajukan soalan tentang konsep apa yang pelajar faham berkatan subjek yang akan diajar.
  4. Present the content : Ini boleh dilakukan melalui kaedah pengajaran termasuk arahan langsung, arahan tidak langsung, pembelajaran bersama. Cara penyampaian ilmu pengetahuan berupa video, pembentangan dalam kelas, dan lain-lain.
  5. Provide learning guidance : Membimbing pelajar dalam mencari ilmu dan menggunakan ilmu tersebut dengan pendekatan memberi contoh, hint atau clue, gambarajah agar mereka dapat menggunakan ilmu yang baru dalam pembelajaran.
  6. Elicit performance (practice) : Pada langkah ini, pelajar melaksanakan kemahiran baru tanpa maklum balas serta-merta dari guru.
  7. Provide feedback : Peringkat ini, pelajar telah belajar bagaimana untuk melakukan tugasan dan diperingkat ini, guru dan pelajar harus membincangkan pelbagai pendapat mengenai subjek secara subjektif. Disini, guru merupakan juri atau pemberi maklum balas tentang pendapat, atau kritikan mahupun pujian kepada pelajar agar pembelajaran yang berkesan berlangsung.
  8. Assess performance : Untuk menilai keberkesanan acara pengajaran, guru mesti menguji untuk melihat apakah hasil pembelajaran yang diharapkan telah dicapai. Prestasi harus berdasarkan objektif yang dinyatakan sebelumnya. Contohnya, guru boleh meminta pelajar memberi tindakbalas oral di dalam kelas ataupun menyediakan kuiz ringkas kepada pelajar.
  9. Enhance retention and transfer to the job : Pelajar perlu melihat bagaimana pengetahuan yang mereka dapati dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan ataupun penyampaian ilmu kepada pelajar lain.
Secara kesimpulan yang dapat saya beri adalah Gagne's Nine Event of Instruction dapat membantu pengajar untuk membina rangka kerja yang lebih teratur dan sistematik dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Semuanya bergantung kepada objektif , jika objektif tercapai, maka, PdP berlangsung dalam situasi yang bermakna dari perspektif pelajar mahupun pengajar.

Reference:
Gagné, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). Forth Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.


Tuesday, November 6, 2018

Refleks minggu 4: Model ADDIE

Refleks minggu ke-4

Assalamualaikum teman-teman, saya kembali lagi untuk refleks minggu ke-empat. Maaf lah lambat sangat update blog ini, kerana banyak sangat benda yang berlaku dalam beberapa minggu ini..alahaiiii..bertabahlah hati... eh..eh... gituhh.

Ok guys, lets back to our reflection towards Dr.Dorothy's class. On week-4, Dr. Dorothy ada memperkenalkan kami berkenaan Reka bentuk pengajaran (Instructional System Design) dalam menjayakan sesebuah kurikulum. Apa yang anda semua faham tentang reka bentuk pengajaran? Whatttttt???? confirm you all tak tau. so me also. 1st time I dengar all this term..ahha! oklah.

Reka Bentuk Pengajaran adalah proses yang sistematik yang merangkumi langkah-langkah untuk menganalisis, merekabentuk, membangun, melaksanakan dan menilai arahan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan meningkatkan pembelajaran. 
Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran:-
  1. Menentukan keperluan murid
  2. Menentukan matlamat dan objektif
  3. Membina prosedur penilaian
  4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  5. Mencuba sistem pengajaran
  6. Menilai keseluruhan sistem
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Dimana pelajar memperoleh atau membina kemahiran, keyakinan, pengetahuan dan berdisplin. Selain itu, dengan reka bentuk pengajaran ini, proses pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih efisyen dan sistematik. Ynag terpenting adalah proses pembelajaran yang menarik.

Terdapat 3 konsep utama reka bentuk sistem pengajaran iaitu: 

A.D.D.I.E Model
Rajah Model ADDIE
Link ini merupakan berkenaan Sejarah ADDIE dan ia akan menyentuh lebih mendalam tentang bagaimana terbentuknya ADDIE dalam rekabentuk pengajaran yang sistematik.

Model ADDIE mempunyai lima fasa yang diwajibkan untuk pembentukan reka bentuk kurikulum. Ia adalah:
  • Analisis (Analysis)
  • Reka bentuk (Design)
  • Pembangunan (Development)
  • Perlaksanaan (Implementation)
  • Penilaian (Evaluation)

Fasa Analisis (Analysis):
You all boleh rujuk link ini untuk memudahkan pemahaman Fasa Analisis. Diperingkat Analisis ini, beberapa perkara yang perlu diambilkira, ia adalah seperti berikut:
  • Matlamat pengajaran
  • Analisis pengajaran
  • Analisis pelajar
  • Objektif Pembelajaran
Fasa Reka Bentuk (Design)
Untuk memudahkan pemahaman anda semua, you all klik link Fasa Design untuk rujukan. Perkara-perkara yang diambil kira untuk fasa ini adalah:
  • Penilaian reka bentuk (daripada fasa analisis)
  • Memilih format kursus
  • Membuat strategi pengajaran
Fasa Pembangunan (Development):
You all boleh klik link Fasa Development ini yeDibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Fasa ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran dan tujuan utama bagi fasa ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran.  Pada fasa ini juga rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direkabentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk.

Fasa Pelaksanaan (Implementation):
Peringkat Fasa Implementation, fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan sekiranya perlu.

Fasa Penilaian (Evaluation): 
Peringkat terakhir, Fasa Evaluation. Teradpat 2 jenis penilaian iaitu: 
  • penilaian formatif : Setiap fasa analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan, untuk memastikan perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin.
  • penilaian sumatif: Terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran
Aktiviti dalam fasa penilaian ini meliputi  :- 
  • Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan untuk memastikan pelajar dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.
  • Membuat refleksi

Refleks minggu ke-3: Pembangunan Kurikulum

Refleks minggu ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..kita berjumpa lagi ..Alhamdulillah ;)
Ok, saya nak bercerita untuk pembelajaran saya dikelas Dr. Dorothy untuk minggu ke 3. Kami telah didedahakna dengan BAGAIMANA proses untuk membangunkan KURIKULUM dan ELEMEN-ELEMEN yang penting dalam pembentukan kurikulum yang hebat.
Seperti refleksi sebelum ini telah didedahkan dengan maksud kurikulum. Mari kita ulasan sedikit berkenaan kurikulum. Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid disekolah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979 dalam konteks Malaysia, Kurikulum boleh didefinasikan sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mecapai matlamat pendidikan.
Terdapat reka bentuk kurikulum terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu:

  • Elemen
  • Proses
  • Reka bentuk 
Untuk rungkaikan elemen dalam pembentukan kurikulum adalah seperti berikut:
Rajah 1: Struktur Elemen dalam pembentukan kurikulum

  •  Matlamat (goal) : - ciri-ciri matlamat untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu, masyarakat, berteraskan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama
  • Objektif :- suatu penyata yang lebih spesifik untuk mencapai matlamat. Menurut (Mager, 1997), terdapat tiga komponen yang penting untuk mencapai objektif berkesan iaitu prestasi, syarat-syarat, kreteria.
  • Pengalaman belajar :-  Pengalaman pelajar dalam proses PdP, bagaimana beliau menghadapi dan mengadaptasi suatu pembelajaran di dalam kelas. 
  • Kandungan (content) :- Kandungan kurikulum hendaklah merangkumi maklumat penting, meluas dan seiring dengan perkembangan dan keperluan dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Penilaian Pembelajaran :- Penilaian perlu dilakukan samada  objektif dan matlamat kurikulum tercapai ataupun tidak.

    Disini link berkenaan Pembangunan Pengajaran Tyler kita boleh melihat perkara asas untuk pembentukan kurikulum oleh Tyler, R.W. (1949). Selamat menonton ya teman-teman ;)