Wednesday, November 7, 2018

Refleksi minggu ke-5: Gagne'S Nine Event of Instruction

Refleksi minggu ke-5

Haiiiiiiii guysss.....minggu ni merupakan minggu terakhir untuk sesi sem 1.. Next week I dah start cuti sem...buttttt macam x cuti pon...haha. sebab banyak sangat keje yang harus dibuat dong...maiii gaaaddd..

Untuk kelas minggu ke-lima ini, kami didedahkan dengan rubriks untuk markah cara masak nasi....hoh masak nasi soooo complicated bila disusun tatacara mengikut fasa analisis dalam Model ADDIE. Oh maigod....help me. i need air!! oklah. Setelah Dr. Dorothy menerangkan cara kerja untuk pemarkahan masak nasi bagi pre school 5 years old student dan Denmark student. Dr. telah mencadangkan cara terbaik untuk menyusun arahan dalam pembentukan pengajaran adalah "Gagne's Nine Event of Instruction". 

Siapa dia Gagne?

Robert Mills Gagné adalah seorang psikologi pendidikan Amerika yang amat terkenal dengan "Syarat Pembelajaran". Salah satu idea yang paling berpengaruh adalah Sembilan Peristiwa Arahannya (Gagne's Nine Event of Instruction). Konsep ini mempunyai kesan yang signifikan dalam pendekatan pengajaran yang banyak di dunia pendidikan.

Apakah Gagne's Nine Event of Instruction?? 
Rajah Gagne's Nine Event of Instruction
Menurut Gagne's Nine Event of Instruction mempunyai sembilan arahan yang mudah untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Antaranya adalah: 
  1. Gain attention of the students : Memastikan pelajar bersedia untuk belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti contonya youtube, soalan kuiz untuk menarik perhatian pelajar.
  2. Inform students of the objectives : Memberitahu pelajar tentang objektif  'kenapa harus belajar' atau hasil untuk membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari semasa kursus. Objektif perlulah ditetapkan oleh pengajar sebelum pengajaran bermula.
  3. Stimulate recall of prior learning : Membantu pelajar memahami pengetahuan yang baru dengan menghubungkannya dengan ilmu pengetahuan yang mereka sedia ada atau sesuatu yang telah mereka alami. Contohnya cikgu boleh mengajukan soalan tentang konsep apa yang pelajar faham berkatan subjek yang akan diajar.
  4. Present the content : Ini boleh dilakukan melalui kaedah pengajaran termasuk arahan langsung, arahan tidak langsung, pembelajaran bersama. Cara penyampaian ilmu pengetahuan berupa video, pembentangan dalam kelas, dan lain-lain.
  5. Provide learning guidance : Membimbing pelajar dalam mencari ilmu dan menggunakan ilmu tersebut dengan pendekatan memberi contoh, hint atau clue, gambarajah agar mereka dapat menggunakan ilmu yang baru dalam pembelajaran.
  6. Elicit performance (practice) : Pada langkah ini, pelajar melaksanakan kemahiran baru tanpa maklum balas serta-merta dari guru.
  7. Provide feedback : Peringkat ini, pelajar telah belajar bagaimana untuk melakukan tugasan dan diperingkat ini, guru dan pelajar harus membincangkan pelbagai pendapat mengenai subjek secara subjektif. Disini, guru merupakan juri atau pemberi maklum balas tentang pendapat, atau kritikan mahupun pujian kepada pelajar agar pembelajaran yang berkesan berlangsung.
  8. Assess performance : Untuk menilai keberkesanan acara pengajaran, guru mesti menguji untuk melihat apakah hasil pembelajaran yang diharapkan telah dicapai. Prestasi harus berdasarkan objektif yang dinyatakan sebelumnya. Contohnya, guru boleh meminta pelajar memberi tindakbalas oral di dalam kelas ataupun menyediakan kuiz ringkas kepada pelajar.
  9. Enhance retention and transfer to the job : Pelajar perlu melihat bagaimana pengetahuan yang mereka dapati dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan ataupun penyampaian ilmu kepada pelajar lain.
Secara kesimpulan yang dapat saya beri adalah Gagne's Nine Event of Instruction dapat membantu pengajar untuk membina rangka kerja yang lebih teratur dan sistematik dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Semuanya bergantung kepada objektif , jika objektif tercapai, maka, PdP berlangsung dalam situasi yang bermakna dari perspektif pelajar mahupun pengajar.

Reference:
Gagné, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). Forth Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.


No comments:

Post a Comment