Tuesday, November 6, 2018

Refleks minggu ke-3: Pembangunan Kurikulum

Refleks minggu ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..kita berjumpa lagi ..Alhamdulillah ;)
Ok, saya nak bercerita untuk pembelajaran saya dikelas Dr. Dorothy untuk minggu ke 3. Kami telah didedahakna dengan BAGAIMANA proses untuk membangunkan KURIKULUM dan ELEMEN-ELEMEN yang penting dalam pembentukan kurikulum yang hebat.
Seperti refleksi sebelum ini telah didedahkan dengan maksud kurikulum. Mari kita ulasan sedikit berkenaan kurikulum. Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid disekolah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979 dalam konteks Malaysia, Kurikulum boleh didefinasikan sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mecapai matlamat pendidikan.
Terdapat reka bentuk kurikulum terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu:

  • Elemen
  • Proses
  • Reka bentuk 
Untuk rungkaikan elemen dalam pembentukan kurikulum adalah seperti berikut:
Rajah 1: Struktur Elemen dalam pembentukan kurikulum

  •  Matlamat (goal) : - ciri-ciri matlamat untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu, masyarakat, berteraskan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama
  • Objektif :- suatu penyata yang lebih spesifik untuk mencapai matlamat. Menurut (Mager, 1997), terdapat tiga komponen yang penting untuk mencapai objektif berkesan iaitu prestasi, syarat-syarat, kreteria.
  • Pengalaman belajar :-  Pengalaman pelajar dalam proses PdP, bagaimana beliau menghadapi dan mengadaptasi suatu pembelajaran di dalam kelas. 
  • Kandungan (content) :- Kandungan kurikulum hendaklah merangkumi maklumat penting, meluas dan seiring dengan perkembangan dan keperluan dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Penilaian Pembelajaran :- Penilaian perlu dilakukan samada  objektif dan matlamat kurikulum tercapai ataupun tidak.

    Disini link berkenaan Pembangunan Pengajaran Tyler kita boleh melihat perkara asas untuk pembentukan kurikulum oleh Tyler, R.W. (1949). Selamat menonton ya teman-teman ;)

    No comments:

    Post a Comment