Refleks minggu ke-4
Assalamualaikum teman-teman, saya kembali lagi untuk refleks minggu ke-empat. Maaf lah lambat sangat update blog ini, kerana banyak sangat benda yang berlaku dalam beberapa minggu ini..alahaiiii..bertabahlah hati... eh..eh... gituhh.
Ok guys, lets back to our reflection towards Dr.Dorothy's class. On week-4, Dr. Dorothy ada memperkenalkan kami berkenaan Reka bentuk pengajaran (Instructional System Design) dalam menjayakan sesebuah kurikulum. Apa yang anda semua faham tentang reka bentuk pengajaran? Whatttttt???? confirm you all tak tau. so me also. 1st time I dengar all this term..ahha! oklah.
Reka Bentuk Pengajaran adalah proses yang sistematik yang merangkumi langkah-langkah untuk menganalisis, merekabentuk, membangun, melaksanakan dan menilai arahan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan meningkatkan pembelajaran.
Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran:-
- Menentukan keperluan murid
- Menentukan matlamat dan objektif
- Membina prosedur penilaian
- Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
- Mencuba sistem pengajaran
- Menilai keseluruhan sistem
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Dimana pelajar memperoleh atau membina kemahiran, keyakinan, pengetahuan dan berdisplin. Selain itu, dengan reka bentuk pengajaran ini, proses pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih efisyen dan sistematik. Ynag terpenting adalah proses pembelajaran yang menarik.
Terdapat 3 konsep utama reka bentuk sistem pengajaran iaitu:
- ADDIE :
- ISD :eg: The Dick and Carey & Bela Banathy
- ID
A.D.D.I.E Model
Rajah Model ADDIE |
Model ADDIE mempunyai lima fasa yang diwajibkan untuk pembentukan reka bentuk kurikulum. Ia adalah:
- Analisis (Analysis)
- Reka bentuk (Design)
- Pembangunan (Development)
- Perlaksanaan (Implementation)
- Penilaian (Evaluation)
Fasa Analisis (Analysis):
You all boleh rujuk link ini untuk memudahkan pemahaman Fasa Analisis. Diperingkat Analisis ini, beberapa perkara yang perlu diambilkira, ia adalah seperti berikut:
- Matlamat pengajaran
- Analisis pengajaran
- Analisis pelajar
- Objektif Pembelajaran
Fasa Reka Bentuk (Design):
Untuk memudahkan pemahaman anda semua, you all klik link Fasa Design untuk rujukan. Perkara-perkara yang diambil kira untuk fasa ini adalah:
- Penilaian reka bentuk (daripada fasa analisis)
- Memilih format kursus
- Membuat strategi pengajaran
You all boleh klik link Fasa Development ini ye. Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Fasa ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran dan tujuan utama bagi fasa ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada fasa ini juga rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direkabentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk.
Fasa Pelaksanaan (Implementation):
Peringkat Fasa Implementation, fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan sekiranya perlu.
Fasa Penilaian (Evaluation):
Peringkat terakhir, Fasa Evaluation. Teradpat 2 jenis penilaian iaitu:
- penilaian formatif : Setiap fasa analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan, untuk memastikan perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin.
- penilaian sumatif: Terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran
Aktiviti dalam fasa penilaian ini meliputi :-
- Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan untuk memastikan pelajar dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.
- Membuat refleksi
No comments:
Post a Comment