Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum?
Kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia nya meliputi segala aspek ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan (Neagley & Evans, 1992): kurikulum membawa maksud pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. (Mastura Badzis, 2008) pula memberikah definasi bahawa kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam individu dan melahirkan insan yang dinamik dan maju dalam semua aspek kehidupan.
Dalam kelas yang lepas, kurikulum juga boleh dikategorikan kepada enam jenis definasi iaitu:
- Kurikulum adalah subjek-subjek yang kekal yang mengandungi pengetahuan yang penting.
- Kurikulum adalah subjek yang paling berguna kepada masyarakat kini "contemporary society".
- Kurikulum adalah perancangan pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Kurikulum adalah pembentukan jati diri dan membentuk kemahiran bagi pelajar daripada pengalaman dari proses pembelajaran.
- Kurikulum adalah pembentukan pelajar dalam penggunaan komputer dalam pembelajaran masa kini.
- Kurikulum adalah sesuatu yang mempersoalkan kepada pihak berkuasa dalam pendidikan mengenai kesesuaian kurikulum dengan keadaan semasa.
Pada pendapat saya, keenam-enam definasi diatas sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam pembentukkan sistem pendidikan yang harmoni dan seimbang. Kesimpulannya, di zaman yang penuh cabaran ini, pelajar perlu lebih berdikari dalam mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kerana medium pencarian ilmu di masa kini adalah sangat luas, dengan hanya menggunakan hujung jari untuk memperolehi informasi ataupun pengetahuan.
Oleh itu, modul kurikulum perlu sentiasa diteliti dan ditambahbaik mengikut keperluan semasa pendidikan. Jika ianya relevan, ia akan menghasilkan generasi yang holistik dan seimbang dan sentiasa bersedia dengan cabaran masa hadapan.
Oleh itu, modul kurikulum perlu sentiasa diteliti dan ditambahbaik mengikut keperluan semasa pendidikan. Jika ianya relevan, ia akan menghasilkan generasi yang holistik dan seimbang dan sentiasa bersedia dengan cabaran masa hadapan.
Diatas, merupakan banner yang perlu saya reka untuk mendefinasikan "Apakah itu kurikulum". Jadi, setelah saya banyak membuat rujukan definasi kurikulum, dan saya boleh merumuskan bahawa, kurikulum itu adalah "The Adventuring Life":Kurikulum adalah penerapan ilmu dalam kehidupan.Secara ringkasnya adalah Learn, Practice dan Experience.
Learn erti kata belajar atau menuntut ilmu iaitu individu perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar menjadi lebih maju. Seperti kata pepatah mengatakan, "menuntut ilmu biarlah hingga ke negara China". Practice disini membawa maksud, pelajar dapat mengaplikasikan semua yang telah dipelajari dengan mempraktikkan dalam aktiviti kehidupan seharian. Manakala, Experience pula merupakan pengalaman yang manis dan pahit yang telah dilalui dalam proses pembelajaran, akan membuatkan seseorang menjadi lebih kuat, matang dan maju dalam hidup dan secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti.
No comments:
Post a Comment