Thursday, October 11, 2018

Kurikulum- Basics and Foundations

Pengenalan:
Ini merupakan refleksi bagi minggu ke-2 untuk kelas PQI6004 Aplikasi Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran.
Secara umumnya, definisi kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. 
Menurut (Marsh and Will, 2007), kurikulum sendiri mempunyai tiga tahap iaitu: 
  • the "planned curriculum" iaitu rancangan kurikulum yang dilakukan oleh pihak berkuasa
  • the "enacted curriculum" iaitu perlaksanaa guru dalam proses pengajaran lebih bermakna.
  • the experienced curriculum" iaitu pengalaman pelajar dan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Kesemua peringkat kurikulum ini hanya lebih tertumpu kepada hasilan dari pengalaman pelajar  semasa proses pembelajaran. Samada ia suatu  pengalaman pembelajaran berkesan atau tidak berkesan. 

No comments:

Post a Comment