Thursday, December 20, 2018

Refleksi minggu ke 12: kelas terakhir

Assalamualaikum....

Sekejap je dah minggu terakhir untuk semester 1.. Banyak benda yang saya belajar sepanjang semester 1 di DPP ni.. Sebelum ni, lesson plan, pon tak tahu apa dia. Tapi sejak masuk program DPP, saya mampu mencipta lesson plan sendiri. ok la kan dari tak tau apa...so ada juga improvement dalam diri ini.  Semua assignment dah hantar arini, so lega lah hati ini... lepas ni risau pasal final exam pula...

Kelas Dr. Dorothy banyak transfer knowledge. Saya seronok join kelas ni, walaupun secara jujurnya mula-mula agak pening dengan kerja sekolah. Tetapi saya ambil disudut positif, Alhamdulillah kerja sekolah yang diberikan oleh Dr. Dorothy sangat membantu dalam kursus-kursus lain terutama dalam merekebentuk lesson plan.  Saya ingin berterima kasih kepada Dr. Dorothy kerana telah sedaya upaya mengajar dan share ilmu serta pengalaman yang Dr. ada kepada saya....... 
Semoga kenangan pembelajaran ini,  saya ingat sampai bila-bila.
Thanks Dr. Dorothy...Semoga Dr. sentiasa sehat dan dapat menyumbangkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman Dr. kepada semua orang. InsyaAllah.
LOve,
Julia


Refleksi minggu ke 11: Presentation Perbandingan Kurikulum dan Lesson Plan

Assalamualaikum semua....semakin menghujung minggu kita.. ni merupakan minggu kedua terakhir sebelum abes semester 1.

Semakin hujung semester, semakin tinggi kadar stress..haha. sebabnya banyak assignment yang beratur untuk disiapkan..semoga semuanya dipermudahkan.. InsyaAllah..AAminn.
ok, minggu ni merupakan hari yang dinantikan..hahaha presentation perbandingan dan  lesson plan yang terhasil...MashaAllah seram sejuk...tak pe la go with the flow...submit dan present sahaja...kan..




Sedikit sebanyak, apa itu Lesson Plan??
Bagi yang tak tahu tu, lesson plan merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran. Ianya dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. 




Ni mukadepan slide kami, kami buat perbandingan kurikulum untuk menegah atas Malaysia dibandingkan dengan Poland, Brunei, Thailand, dan Jerman.

Alhamudulillah, kami dapat laksanakan semua dengan tenang hati..fuhhhh ;)


Minggu ke 10: Perbincangan Lesson plan


Minggu ini minggu terakhir untuk merekabentuk rancangan pengajaran. Amboiiii ini minggu stress sebab untuk kumpulan kami masih tidak memperolehi kata putus tajuk apa untuk lesson plan. Kumpulan kami campurkan daripada pelajar DPP Matematik dan DPP Kimia. Jadinya memang agak tricky nak rancangan lesson plan agar nampak menarik.

Setelah mendapat tajuk apa yang sesuai, kami tunjuk pada Dr. Dorothy, she said it was boring. Sebab we know that maths only calculation. Jadi Dr. Dorothy telah memberi pandangan....... wow. tak tidur malam, hujung minggu ke laut, sebab memikirkan apa yang Dr. Dorothy cadangkan. Dr. cadangkan kami create satu situasi dalam kimia, dan relatekan dalam apa yang kami ingin buat secara calculation. Tugasan ini amat mencabar, kerana memerlukan pemikiran yang kritikal. Jadi akhirnya dapat la juga saya dan rakan create situasi kimia. Kami buat tema BAJA. Dari penghasilan baja ini, kita akan kirakan peratusan unsur atom Nitrogen dalam baja. Perkadaran, semakin tinggi peratusan baja, semakin baik baja itu. Jadi nya garis lurus boleh dilukiskan dalam konteks directly propotional.
kemudian kami membuat pembuktian formula kimia bagi urea, kerana urea merupakan peratusan tertinggi nitrogen. kami buktikan persamaan melalui persamaan serentak.

harap-harap idea ini dapat diterima Dr. Dorothy ;)

Refleksi minggu ke 9: Strategi Pengajaran dan Pedagogi

Assalamualaikum semua... Harap U all sehat seperti biasa. U all stress ke tu, buat assignment ?? haha. biasa la tu stress. Tapi dapt meaningfull learning, kira baik sangat lah kan.

Ok, minggu ni kita start balik belajar. Tajuk hari ini agak menarik, iaitu Strategi Pengajaran dan Pedagogi.

 Jika di lihat maksunya di wikipedia, Pedagogi bermaksud  kajian mengenai pengajaran, khususnya bagaimana suatu pelajaran disampaikan melalui proses pengajaran dalam pendidikan formal. 


Rajah 1: Bayangan keadaan bilik darjah pada Adab ke21.

Ok...apa perasaan anda berkenaan rajah di atas? its wow right...Kita tak pernah terfikir pun apa yang akan berlaku di zaman globalisasi nanti. Yang pastinya, keadaan yang akan berubah.. Adakah Malaysia telah bersedia dengan Plan pembelajaran seperti rajah di atas?

Pada adab ke 21 ini, kemajuan dunia dalam sektor pendidikan dan perkembangan ekonomi suatu negara. Di bawah adalah overview berkenaan 10 ciri pembelajaran dan pemudahcara (PdPC).

  • Pembelajaran berpusatkan pelajar --> Pelajar berperanan yang sangat penting. Guru hanya sebagai fasilitator atau pembimbing 
  • Penggunaan komputer: --> Alat yang penting dalam PdPC tahun depan
  • Pembelajaran aktif: -->  Penglibaan pelajar adalah faktor utama dalam PdPC.
  • Pembelajaran kendiri; --> Bilik darjah masih berfungsi sebagai empat belajar
  • Persekitaran yang konduksif: --> Keadaan yang tidak bersesak, dan peralatan mengajar
  • Pelajar faham dan mematuhi arahan
  • Saling hormat menghormati
  • Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran dri sendiri
  • Penilaian berasaskan pencapaian
  • Pembelajaran kolaboratif

Refleksi minggu ke 8: E-Learning

Assalamualaikum semua...

Untuk minggu ini tiada kelas... Minggu ni merupakan E-Learning,. Jadinya semua tidak pergi ke kelas...tetapi masih lagi berada dalam landasan yang betul di Fakulti.



Minggu E-Learning ini juga digunakan oleh setiap ahli kumpulan untuk duduk berbincang berkenaan penambahbaikan assignment perbandingan kurikulum anatara negara.


Refleksi minggu ke7: Perbincangan perbandingan kurikulum

Assalamualaikum,

Untuk minggu ini, tiada proses PdPC, kerana Dr. Dorothy ingin memulangkan dokumen perbandingan kurikulum negara. kami diminta untuk duduk mengikut kumpulan, dan berbincang bagaimana hendak menyusun semula dokumen perbandimgan dan harus menyusun mengenai next assignment, LESSON PLAN. 
Kurikulum sangat berkaitrapat dengan pendidikan. Definisi kurikulum dapat di lihat seperti berikut:
  1. Matlamat yang ingin dicapai menerusi pendidikan
  2. Segala ilmu pengetahuan, matlamat, data, program dan pengalaman membentuk kurikulum
  3. Metadologi dan kaedah mengajar yang dilaksanakan oleh guru untuk mengajat dan menarik minat pelajar perempuan.
  4. Metadologi dan kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam mengukur dan menilai kurikulum dan hasil kepada proses pendidikan yang dirancang        (HasanLanggulung, 2003)
Perbincangan kurikulum berlansung sehingga akhir kelas. Semua pelajar diminta untuk melihat rakan-rakan punya hasilkerja.

Rajah 1: Proses perbincangan oleh ahli kumpulan

Refleksi minggu ke 6: Perbandingan Antara Jenis-Jenis Model Rekabentuk Sistem Pengajaran (ISD)

Hai Assalamualaikum semua..Bertemu kembali ya,

Untuk minggu ini, Dr. Dorothy telah membuat perbandingan antara beberapa model yang terdapat dalam rebentuk sistem pengajaran. Dalam pembelajaran di kelas, Dr. Dorothy telah membahagikan kami kepada  kumpulan, dan diberikan model yang berasingan untuk dibentangkan. So apa yang perlu kami buat???... yaaaa seperti biasa, kita akan buat perbandingan antara model yang diberi dan harus buat persamaan dengan ADDIE Model dan 9 Gagne Model.

Berikut adalah model-model rekabentuk yang terlibat:

Rajah 1: ADDIE Model
1.  ADDIE Model
Terdiri daripada lima fasa utama:
  • Analisis (Analysis)
  • Reka bentuk (Design)
  • Pembangunan (Development)
  • Perlaksanaan (Implementation)
  • Penilaian (Evaluation)
model ini telah dibincangkan pada minggu ke4---->  ADDIE Model 








Rajah 2: ASSURE Model
 2. ASSURE Model
Merupakan model yang ringkas yang paling digemari. Terdapat enam peringkat:
A- Analisa pelajar
S-Nyatakan objektif
S- Pilih kaedah, bahan bantu mengajar 
U- Penggunaan media sebagai bahan
R- mendorong penglibatan pelajar
E- semak dan penilaian
Untuk lebih lanjut, sila klik ASSURE Model




Rajah 3: Dick and Carey Model
3. Dick and Carey Instructional Model
 Untuk pengetahuan lanjut, klik link webpage  Dick and Carey Instructional Model dan paparan Youtube Dick and Carey powtoon





  1. Langkah-langkah penyusunan  Pembelajarannya sebagai berikut:Identifikasi Tujuan Pembelajaran (TIU)
  1. Melakukan Analisa Pembelajaran
  1. Menganalisis karakteristik pelajar dan konteks pembelajaran.
  1. Merumuskan Tujuan Performasi (TIK)
  1. Mengembangkan penilaian
  1. Mengembangkan Strategi Pembelajaran
  1. Mengembangkan dan Memilih Bahan Ajar
  1. Merancang dan Melakukan Evaluasi Formatif
  1. Melakukan revisi terhadap program pembelajaran
  1. Merancang dan mengembangkan Evaluasi Sumatif





Rajah 4:  Gerlach and Ely Instructional Model



Rajah 5: Kemp Design Model

4. Gerlach and Ely Instructional Model

Merujuk pautan ini untuk pemahaman yang lebih mendalam. 


















5. Kemp Design Model




Penerangan lanjut, boleh klik pada Kemp Model.